Friday, 12 May 2017

Kerutuk Ayam Simple


Kerutuk Ayam Simple

Salam, hai semua.pernah makan kerutuk ayam? apa kerutuk? ha.. dia macam rendang, tapi lain sikit. haha.. peningkan kan. tak payah pening2. jom kita cuba resepi kerutk ayam ni. Amat mudah dan senang dimasak iaitu resepi Kerutuk Ayam Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Kuih Kerutuk Ayam Simple

Bahan-bahan Resepi Kerutuk Ayam Simple

1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos)
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)

Cara Cara Masak Resepi Kerutuk Ayam Simple

Bawang merah, bwg putih, halia, serai dan cili kering di blender...(rebus dlu cili kering tu ye)

Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yg dikisar...masukkan skali rempah 4 sekawan, kmudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)...
Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....masukkan sedikit air, kacau...kemudian masukkan ayam...
Gaulkan...masukkan kerisik dan santan..
Kacau sampai pekat dan agak kering...sebelum tu masukkan garam...rasakan...tngok nak pekat macam mana ikut cita rasa masing² ye...


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment