Thursday 11 May 2017

Bihun Goreng Singapore Simple

Bihun Goreng Singapore Simple


Salam, hai semua, apa sarapan pagi ini tadi? mesti sedapkan. So hari ni saya nak share satu resepi yang amat mudah dan senang dimasak di waktu pagi iaitu resepi Bihun Goreng Singapore Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Bihun Goreng Singapore Simple

Bahan-bahan Resepi Bihun Goreng Singapore Simple

1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging / ayam - dipotong kecil2
3-4 keping fish cake
sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam / lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka
garam dan gula secukupnya
cili api- potong nipis + kicap sebagai sos

Cara Cara Masak Resepi Bihun Goreng Singapore Simple

1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4. Masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato
Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment