Salam, hai semua. Ada tak peminat cheese kat sini? kalau ada, boleh la cuba resepi simple dan mudah ni. Resepi Macaroni Cheese Goreng Simple. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Macaroni Cheese Goreng Simple
Bahan-bahan Resepi Macaroni Cheese Goreng Simple
2 kiub pati ayam knorr
2-3 ulas bwg putih diketuk/dihiris
1 packet sosej ayamas dihiris
1 tin cendawan butang (speedmart ade jual) dihiris
1 biji Lada benggala (hijau & merah)
2 tin prego cheese & herbs
Macaroni sepaket (dlm 500g)
Garam
Cara Cara Masak Resepi Macaroni Cheese Goreng Simple
1. Tumis bawang putih smpai bertukar warna, pastu masukkan kiub pati ayam knorr. Kacau sampai kiub hancur.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang dah dihiris tadi. Goreng kejap.
3. Masukkan sos prego cheese & herbs. Kacau sebati.
4. Masukkan makaroni yang dah direbus tadi.
5. Kalau kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam. Xyah banyak2 garam sebab dalam kiub tadi dah bagi rasa masin.
6. Lepas tu....masukkan lada benggala yang dah didadukan. Nampak lawo warna warni gini kan. Kalau ada 1 warna je pun xpe nak bagi naik seri makaroni.
7. Untuk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese. Kalau xde pun xpe k..dan siap la resepi kita.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!