Salam, hai semua. hari ini saya nak
share satu resepi sos yang ringkas iaitu , Resepi Sos Kastard Homemade Simple. Ianya amat sesuai untuk dijadikan sos kuih, puding atau apa sahaja manisan korang. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Sos Kastard Homemade Simple
Bahan-bahan Resepi Sos Kastard Homemade Simple
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla
Cara Cara Masak Resepi Sos Kastard Homemade Simple
1. Campurkan semua bahan, susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!