Salam, hai semua. hari ini saya nak
share satu resepi sos yang ringkas iaitu , Resepi Sos Coklat Homemade
Simple. Ianya amat sesuai untuk dijadikan sos kuih, puding atau apa
sahaja manisan korang. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan
lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Sos Coklat Homemade Simple
Bahan-bahan Resepi Sos Coklat Homemade Simple
250 gram coklat masakan (coklat bar)
1/2 cawan whipping cream
1sb susu pekat manis
1sb butter
Cara Cara Masak Resepi Sos Coklat Homemade Simple
1. Didihkan whipping cream menggunakn teknik double boil.
2. Kemudian masukkan coklat dan kacau hingga larut.
3. Apabila coklat sudah larut masukkan butter dan susu pekat manis.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!