Salam, hai semua. Korang pernah dengan nasi tumpang? Haaa ini kite nak cerita sikit, Nasi tumpang ni amat terkenal di negeri kelantan, Nasi ini dipanggil nasi tumpang kerana lauk pauk nye ditumpangkan di dalam nasi yang dibalut dengan daun pisang, Dahulu nya ia nya adalah menjadi bekalan para nelayan untuk pergi kelaut, Ia nya amat mudah didapati di negeri kelantan dan harga nya amat murah sekitar RM1- RM2 shj. Ok lah, hari ni kite nak share resepi nasi tumpang yang amat
Simple. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan
lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Nasi Tumpang Kelantan Simple
Bahan-bahan Resepi Nasi Tumpang Kelantan Simple
Bahan-Bahan:
½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang
Bahan Gulai Ikan:
200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
2.5cm lengkuas – dikisar halus
6 ulas bawang merah – dikisar halus
4 biji cili kering – dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Telur Dadar:
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
50gm daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa
Cara Cara Masak Resepi Nasi Tumpang Kelantan Simple
1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air
sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam.
Ketepikan.
2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan
dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan
masak.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan
garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga
masak. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membungkus nasi tumpang:
Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong
tadi dan tekan hingga padat.
6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!