Salam, hai semua. hari ini saya nak
share satu resepi sos yang ringkas iaitu , Resepi sos karamel homemade Simple. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Sos Karamel Homemade Simple
Bahan-bahan Resepi Sos Karamel Homemade Simple
4 sudu besar mentega
1 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
1 sudu besar esen vanila
Cara Cara Masak Resepi Sos Karamel Homemade Simple
1. Satukan
cream, gula dan mentega ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
(Untuk menjadikan resepi ini sebagai sos salted caramel, tambahkan 1/2
sudu kecil garam).
2. Kacau sebati sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan renehkan selama 6 minit. Kacau sekali sekala.
4. Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak dan menggelembung!
5. Kacau dan masak 1 minit lagi. Tutup api.
6. Tuangkan ke dalam balang kaca. Biarkan menyejuk.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!