Salam, hai semua. Memandangkan dah lama tak share resepi kuih raya, hari ni saya nak share satu resepi biskut raya yang mudah , Resepi Kuih Semperit Simple. Sangat simple dan senang untuk di cuba. Jom
kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa
share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Rendang Kuih Semperit Simple
Bahan-bahan Resepi Kuih Semperit Simple
Bahan A
250g butter
1 sdb gula kastor ( kisar gula biasa pun boleh... jimat)
1 bj kuning telur gred B
1 sdt esen vanilla (tak nak letak pun boleh)
1 sdt minyak sapi
Sedikit pewarna kuning
Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sdb tepung jagung
2 1/2 sdb tepung kastard
Hiasan
Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning
Cara Cara Masak Resepi Kuih Semperit Simple
1. Pukul bahan A hingga sebati..2- 3mnt
2. Masukkan bahan B dan uli adunan sehingga sebati.
3. Masukkan dalam acuan dan terap, Masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.
4. Bakar selama 20-25mnt hingga masak suhu 180* api atas dan bawah.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!