Monday, 11 April 2016

Kuih Semperit Simple

Resepi Kuih Semperit Simple

Salam, hai semua. Memandangkan dah lama tak share resepi kuih raya, hari ni saya nak share satu resepi biskut raya yang mudah , Resepi Kuih Semperit Simple. Sangat simple dan senang untuk di cuba. Jom kita cuba resepi ini, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Rendang Kuih Semperit Simple

Bahan-bahan Resepi Kuih Semperit Simple

Bahan A
250g butter 

1 sdb gula kastor ( kisar gula biasa pun boleh... jimat)
1 bj kuning telur gred B
1 sdt esen vanilla (tak nak letak pun boleh)
1 sdt minyak sapi
Sedikit pewarna kuning


Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sdb tepung jagung
2 1/2 sdb tepung kastard


Hiasan
Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning

Cara Cara Masak Resepi Kuih Semperit Simple

1. Pukul bahan A hingga sebati..2- 3mnt
2. Masukkan bahan B dan uli adunan sehingga sebati.
3. Masukkan dalam acuan dan terap, Masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.
4. Bakar selama 20-25mnt hingga masak suhu 180* api atas dan bawah.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment