Sunday 8 November 2015

Oreo Bun Simple

Oreo Bun Simple

Ada yang menggemari biskut oreo tak? hari ni saya nak share satu resepi simple iaitu roti menggunakan biskut oreo. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Oreo Bun Simple

Bahan-bahan Oreo Bun Simple :

Untuk roti :
1 1/4 cawan susu segar - disuamkan jgn melebihi 38 darjah celcius
1 paket yeast segera (10g / 11g)
1/3 cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
5 sudu besar susu pekat manis
100g butter - suhu bilik
1 tube biskut Oreo - dikisar tanpa buang krim

Bahan Untuk topping :
biskut Oreo secukupnya - dikisar halus tanpa buang krim
2 sudu besar butter - suhu bilik
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
Resepi biskut raya sa

Cara-Cara Membuat Oreo Bun Simple :

1. Satukan susu suam, yeast & gula halus. Biarkan berbuih (10 -15 minit).
2. Satukan kesemua bahan roti (kecuali biskut Oreo kisar) & yeast yg telah sedia. Gaul rata hingga bersatu.
3. Campurkan biskut Oreo yg telah dikisar & uli adunan hingga menjadi licin & tidak melekat (15 - 20 minit)
4. Letak kan dough di dalam bekas bersih yg telah disapu dgn minyak atau butter & tutup bekas dgn plastik cling wrap. Biarkan dough berganda (1 jam).
5. Setelah dough sedia, tumbuk sekali untuk keluarkan angin. Keluarkan dough dari bekas.
6. Bulat-bulat kan dough & letak kan diatas dulang pembakar atau loyang/acuan yg telah disapu dgn minyak.
7. Biarkan bebola roti rehat selama 30 - 45 minit.
8. Bancuh telur bersama esen vanila. Sapukan atas permukaan bebola roti yg belum dibakar.
9. Gaul rata biskut Oreo kisar bersama butter, kemudian taburkan diatas bebola roti.
10. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 15 - 20 minit bergantung pada oven masing-masing.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment