Friday 13 November 2015

Kuih Tiram Ranggup Simple

Kuih Tiram Ranggup Simple

Kuih Tradisional jangan la kita lupa, jadi hari ini saya nak share salah satu resepi tradisional iaitu Kuih Tiram Ranggup Simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Kuih Tiram / Lidah Buaya Simple

Bahan-bahan Kuih Tiram Ranggup Simple :

4 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
air garam Secukup citarasa
2 sudu besar tepung ubi
di campur dengan minyak masak untuk di buat gam

Cara-Cara Memasak Kuih Tiram Ranggup Simple :

- Uli tepung ,marjerin,telur dan air garam sehingga menjadi doh .
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan menjadi nipis.
- Campurkan sedikit minyak masak dengan tepung ubi untuk disapukan diatas tepung tadi dan
gulung lalu dipotong menyerong.
canaikan nipis sekali lagi .
- Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment