Tuesday 10 November 2015

Eggless Moist Chocolate Cake Simple

Eggless Moist Chocolate Cake Simple

Hai semua, apa khabar ye? minggu ini ada yang teringin nak buat kek? haa..Hari ini saya nak share satu resepi Kek Eggless Moist Chocolate Cake yang sangat mudah untuk dibuat tanpa menggunakan bahan telur, Bahan yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Eggless Moist Chocolate Cake Simple

Bahan-bahan Eggless Moist Chocolate Cake Simple :

Bahan-bahan untuk kek :
1 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri jadi tak guna baking powder & baking soda)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
1/2 sudu kecil coffee emulco (saya guna 1 sudu kecil)
1 cawan brown sugar (saya guna 1 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau butter cair atau minyak sayuran
secubit garam
1 sudu kecil cuka makan (cuka makan) atau 1 sudu kecil jus perahan lemon

Bahan Untuk topping :
1 cawan dairy whipping cream
250g semi sweet chocolate - dicincang

Cara-Cara Membuat Eggless Moist Chocolate Cake Simple :

Cara-cara Membuat kek :
1. Ayak tepung, baking powder, baking soda & serbuk koko. Ketepikan.
2. Masuk kan susu tepung & garam, gaul rata.
3. Campur kesemua bahan kecuali campuran tepung & cuka. Gaul hingga sebati & gula hancur.
4. Campur bahan basah bersama tepung. Gaul rata hingga tidak bergentel. Jgn terlebih gaul!
5. Masuk kan cuka, gaul rata.
6. Tuang adunan kedalam acuan 7 inci yg telah dialas dgn kertas pembakar.
7. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 40 - 45 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing). Sebaiknya cucuk lidi untuk pastikan kek masak.

 Cara-cara Membuat topping :
 1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih sedikit ditepi-tepi periuk.
2. Tuang kedalam bekas yg berisi chocolate. Biarkan 1 minit tanpa dikacau.
3. Selepas seminit, kacau rata. Jika mahukan topping yg pekat, biarkan hampir sejuk sebelum dituang keatas kek. Jika mahukan topping yg tipis seperti sauce boleh tuang topping ketika suam.


 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment