Thursday 1 October 2015

Biskut Strawbery Jem Simple

Biskut Strawbery Jam Simple

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Resepi Biskut Strawbery Jem. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Strawbery Jem Simple

Bahan-bahan Biskut Strawbery Jem Simple :

115 gram butter
50 gram gula custor
170 gram tepung gandum
jam strawberry secukupnya

Cara-Cara Memasak Biskut Strawbery Jem Simple :

1. Pukul butter dan gula sehingga ringan dan kembang.
2. Masukkan tepung. Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran sebiji limau calamansi.
3. Kemudian leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah doh untuk membuat lubang.
4. Masukkan jam.
5. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar selama 12 minit hingga keperangan.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment