Friday 2 October 2015

Biskut Pandan Rangup

Biskut Pandan Rangup

Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah. sangat senang dan simple sahaja. Biskut Pandan Rangup. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Biskut Pandan Rangup

Bahan-bahan Biskut Pandan Rangup :

240g mentega
100g gula aising (sy letak 90g aje)
2 biji kuning telur
120g serbuk badam
350g tepung gandum (sy guna tepung red rose)
80g tepung jagung
2 sudu teh perisa pandan (sy guna pandan paste jadi tak letak pewarna hijau)
1 sudu teh pewarna hijau
gula manik warna warni (sy guna ceri merah) untuk hiasan

Cara-Cara Memasak Biskut Pandan Rangup :

1. Putar mentega dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur, perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Pukul lagi Selepas itu masukkan badam, tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai doh sehingga rata dan terap dengan acuan yg digemari.
5. Sapukan dgn sedikit telur putih atas nya kemudian taburkan gula manik warna warni.
6. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 20 minit.
Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment