Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak
share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah.
sangat senang dan simple sahaja. Biskut Biskut Popia Nestum. Jangan
lupa
try n
share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Biskut Popia Nestum Simple
Bahan-bahan Biskut Popia Nestum Simple :
1 paket Kulit popia
200 gram Nestum (dikisar halus)
1 cawan Gula pasir (dikisar halus) - Mengikut citarasa masing-masing
5 sb Horlick
5 sb Susu Tepung
Cara-Cara Memasak Biskut Popia Nestum Simple :
Bahan semua main anggaran je.
1. Gaul bahan 2-5 hingga sebati.
2. Simpan
dalam bekas kedap udara untuk elak masuk udara.
3. Gulung kulit popia
sekeping demi sekeping.
4. Gunting/Potong kulit popia yang dah digulung tu
secara menyerong.
5. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api
sederhana. Selepas digoreng, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan yang
dah digaul sebati tadi.
p/s: Kalau kulit popia tu tidak melekat di hujungnye, boleh gunakan air atau telur atau bancuhan tepung gandum sebagai bahan pelekat.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!