Hari
ini saya nak share satu
resepi biskut raya iaitu Biskut Kacang Mazola Simple yang sangat mudah
untuk dibuat. Sukatan nya pakai cawan je. Simple kan.. Jangan lupa
try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Biskut Kacang Mazola Simple
Bahan-bahan Biskut Kacang Mazola Simple :
- 2 Cawan Serbuk Kacang
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- Sedikit Garam
- Minyak Jagung Secukupnya
- Telur Kuning (Hiasan)
Resepi biskut raya sa
Cara-Cara Membuat Biskut Kacang Mazola Simple :
1. Kacang digoreng tanpa minyak, disejukkan dan dibuang kulit kemudian dikisar.
2. Masukkan tepung, kacang, gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
4. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang.
5. Sapukan Kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!