Hari
ini saya nak share satu
resepi biskut raya iaitu Biskut Nestum Simple yang sangat mudah
untuk dibuat. Sukatan nya pakai cawan je. Simple kan.. Jangan lupa
try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Biskut Nestum Simple
Bahan-bahan Biskut Nestum Simple :
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Nestum
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
Resepi biskut raya sa
Cara-Cara Membuat Biskut Nestum Simple :
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)
2. Masukkan esen vanilla, semua tepung, nestum dan baking powder.
Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk
masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh
kurangkan bila adunan dah jadi doh.
3. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan
lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh
yang tidak melekat ditangan.
4. Rollkan doh dan tekan menggunakan acuan.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!