Hari
ini saya nak share satu
resepi Kek Pisang Simple yang sangat mudah untuk dibuat, Bahan
yang senang didapati dan sukatannya guna cawan je..
Jangan lupa
try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Kek Pisang Simple
Bahan-bahan Kek Pisang Simple :
- 11/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- 3 Biji Pisang
- 1 Cawan Susu Cair
Cara-Cara Membuat Kek Pisang Simple:
1. Blend pisang bersama minyak sehingga sebati.
2. Masukkan susu dan gula, blend lagi.
3. Masukkan adunan kedalam bekas.
4. Masukkan Tepung kedalam adunan dan kacau rata.
5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
6. Kukus selama 45 minit atau Bakar (180'c) selama 45 minit.
p/s : Tidak perlu tambah telur, ianya mengganggu rasa pisang
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!