Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak
share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah.
sangat senang dan simple sahaja. Biskut Cornflake Coklat Simple. Jangan
lupa
try n
share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Biskut Cornflake Coklat Simple
Bahan-bahan Biskut Cornflake Coklat Simple :
Bahan A:
300 gm coklat masakan
2 sudu teh shortening
Bahan B:
100 gm cornflakes
40 gm badam cincang - dibakar selama 10 minit
Hiasan:
coklat rice
Cara-Cara Memasak Biskut Cornflake Coklat Simple :
1. Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’
2. kemudian masukkan kesemua
bahan B. Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.
3. Letakkan mangkuk
berisi adunan coklat dan cornflakes ke dalam air panas supaya coklat
tidak mengeras sebelum siap disudukan ke dalam cawan kertas.
4. Sudukan ke
dalam acuan kertas dan taburkan coklat rice.
5. Sejukkan dan simpan dalam
bekas kedap udara.
* Bahan Hiasan mengikut citarasa masing2 yer.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!