Ada ke yang rajin buat biskut raya sendiri. ok la, hari ni saya nak
share resepi biskut raya yang boleh korang cuba sendiri kat rumah.
sangat senang dan simple sahaja. Biskut Badam Kacang Peas Simple. Jangan
lupa
try n
share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Biskut Badam Kacang Peas Simple
Bahan-bahan Biskut Badam Kacang Peas Simple :
300gm butter
250gm gula castor
2 biji telur
1st vanilla
200gm tepung gandum ~ diayak
200gm tepung kastard ~ diayak
150gm tepung jagung ~ diayak
100gm serbuk badam ~ badam cincang disangai kemudian dimesin halus
50gm kacang peas ~ dimesin halus
Untuk hiasan:
1 biji kuning telur + sedikit warna kuning
badam cincang secukupnya
serbuk kacang peas secukupnya
Cara-Cara Memasak Biskut Badam Kacang Peas Simple :
1. Butter dengan gula dipukul hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga gebu.
3. Serbuk badam dan serbuk kacang peas digaul dgn tepung2 yg telah diayak.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter sedikit2. Jika adunan lembik,
tambah sikit je lagi tepung dan adun hingga tidak melekit.
5. Canai
adunan, terap dgn acuan pilihan dan susun dlm loyang pembakar. Sapu dgn
kuning telur, tabur badam dan serbuk kacang peas.
6. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak pada suhu 150C.
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!