Monday, 14 September 2015

Roti Kismis Krim Berkeju Simple

Roti Kismis Krim Berkeju Simple

Dah lama tak share resepi kat blog ni. Hari ni saya nak share satu resepi roti yang senang dan simple. Resepi Roti Kismis Krim Berkeju Simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Roti Kismis Krim Berkeju Simple

Bahan-bahan Roti Kismis Krim Berkeju Simple

300g tepung roti
150g tepung gandum
4 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil yeast segera
5 sudu besar gula halus
1 cawan susu suam (jgn melebihi 38 darjah celcius)
100g cream cheese - suhu bilik
1 sudu kecil garam
100g butter - suhu bilik
1/3 cawan kismis

inti :
250g cream cheese - suhu bilik
100g susu pekat manis

Cara-Cara Memasak Roti Kismis Krim Berkeju Simple :

1. Satukan susu suam, gula dan yeast. Biarkan berbuih (15 minit).
2. Satukan kesemua bahan kecuali kismis. Gaul rata hingga bersatu kemudian uli adunan sehingga licin & tidak melekit (elastic).
3. Masuk kan adunan kedalam bekas bersih yg telah disapu dgn minyak & tutup bekas dgn plastik cling wrap. Biarkan dough berganda.
4. Setelah dough sedia, tumbuk dough sekali untuk keluarkan angin kemudian masuk kan kismis & uli sedikit.
5. Satukan bahan inti hingga sebati, Ketepikan.
6. Bulat-bulatkan dough kemudian leperkan sedikit untuk bubuh inti ditengah. Kemudian tutup kemas bebola roti & letak kan kedalam papercup yg sesuai.
7. Rehat kan bebola roti selama 45 minit sebelum dibakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 15 - 18 minit bergantung pada oven masing-masing.
8. Jika suka boleh sapukan butter keatas roti setelah ia keluar dari oven.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment