Tuesday 15 September 2015

Resepi Ayam Goreng (Hot Spicy) Simple

Resepi Ayam Goreng (Hot Spicy) Simple

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak dapat resepi tepung goreng hot n spicy macam kat KFC tu kan. Jangan risau, Hari ni saya nak share satu rahsia  resepi tepung goreng hot n spicy macam KFC yang senang dan simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Rahsia resepi tepung Ayam Goreng (Hot Spicy) Simple

Bahan-bahan Ayam Goreng (Hot Spicy) Simple

Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-Cara Memasak Ayam Goreng (Hot Spicy) Simple :

1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment