Thursday, 17 September 2015

Kuih Goyang Simple

Kuih Goyang Simple

Siapa kenal kuih goyang? Disesetengah tempat dipanggil kuih rose. Sekarang ni, kuih ni makin jarang orang nk buat sendiri, kebanyakkan hanya beli sahaja. Memang senang nak cari kuih ini, ada dijual dikebanyakkan kedai yang menjual kuih tradisional. Tetapi jangan la kita abaikan warisan kuih ini. Hari ini saya nak share resepi kuih goyang ini, supaya ianya menjadi rujukan generasi masa akan datang. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Kuih Goyang Simple

Bahan-bahan Kuih Goyang Simple dan Rangup

500g tepung beras
1 cawan gula halus
2 biji telur
250ml santan kotak
Secubit kapur (cairkan)
1 sudu kecil garam
400ml air
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak Kuih Goyang Simple dan Rangup :

1. Campur kesemua bahan ( kecuali air ). Dikacau rata.
2. Masuk kan air sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.
3. Panaskan minyak dgn api yg sederhana. Letak kan acuan kosong kedalam kuali & biarkan sehingga betul panas.
4. Celup acuan panas tadi kedalam adunan (pastikan acuan tidak tenggelam) hampir paras rata. Kemudian celup acuan kedalam kuali. Biarkan dalam 10 saat sebelum menggoyang acuan untuk keluarkan kuih.
5. Setelah kuih keluar, biarkan acuan didalam kuali & setelah beberapa saat kemudian ulang process mencelup & menggoyang.
6. Angkat kuih apabila agak kecoklatan & toskan. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment