Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Almond Snowy Simple
Bahan-bahan Almond Snowy Simple
Bahan A:260g butter
150g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
50g serbuk badam
Bahan B:
300g tepung gandum
50g tepung kastard
50g susu tepung
40g tepung jagung
Bahan hiasan:
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara-Cara Memasak Almond Snowy Simple :
Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan biskut atas redai. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb. Simpan biskut dalam bekas kedap udaraSelamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment