Musim buah yang lepas, sempat cuba resepi air guna buah pelam. Masa tu musim buah mangga harum manis. Jadi terhasil la resepi Air Manggo lassi versi buah mangga harum manis. Simple je pun. Mudah dan senang untuk dicuba. Resepi menarik ni. try la ye.
Resepi Air Mango Lassi versi Buah Mangga Harum Manis
Bahan-bahan nya :
2 cawan air
3 biji mangga masak – dikisar halus
1 cawan gula pasir – dikisar halus
1 cawan yogurt
½ tin air Sprite / 7 Up
½ cawan sagu biji – direndam dan dimasak sehingga jernih
1 mangkuk ais kiub
Cara-Cara Membuat :
1.Mangga dikupas kulitnya dan dikisar isinya bersama gula dan air.
2.Tuang jus mangga itu ke dalam jag besar.
3.Kemudian, masukkan yogurt, air Sprite atau 7 Up.
4.Masukkan juga sagu biji ke dalam jag tadi.
5.Gaul kesemua bahan hingga sebati.
6.Akhir sekali, masukkan ais kiub.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment