Koleksi resepi emak hari ini ingin berkongsi satu menu simple hidangan pencuci mulut (desert).
Bahan-bahan nya :
10gm serbuk agar2
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 tin koktail buah-buahan (tos airnya)
Cara-Cara Memasak :
- campur serbuk agar-agar + gula, kemudian tuang air.
- Masak atas api sampai mendidih sambil dikacau supaya tak berketul.
- Masukkan susu sejat, panaskan sekejap kemudian boleh terus tutup api (tak perlu sampai didih).
- Campur 5sudu besar air koktail dalam adunan tadi dan kacau rata.
- Kemudian tuang campuran tu dalam loyang dengan penapis (untuk dapatkan puding cantik berkilat n tak berketul).
- Ambil buah koktail,guna sudu dan campurkan dengan adunan tadi
- Boleh tuang semua buah pun boleh tapi saya letak separuh je..separuh lagi saya tunggu puding hampir keras dan letak di atas adunan puding supaya ada buah di bawah dan juga atas puding*
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!