Jom kita buat resepi Nasi Daging Kambing Panggang Simple ni. Mudah disediakan, enak dimakan sangat sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Jom kita cuba. :-)
Resepi Nasi Kambing Panggang
Bahan-bahan nya :*1/2 sudu makan serbuk jintan manis
*1/2 sudu makan serbuk jintan putih
* 1 sudu makan rempah kurma daging
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub pati lembu
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan disimpul
Cara-Cara Memasak :
- Cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- Campur semua bahan bertanda *
- Panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
- Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
- Bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di campur tadi.gaul sebati..biar garing sedikit..kemudian masukkan beras.kacau sebati
- Masukkan air ,susu cair dan kiub pati lembu perasakan garam,masukkan daun pandan dan tanak sampai nasi masak
- Boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum, potong daun dan tabur atas nasi yang dah siap hidang bersama bawang goreng dan hirisan timun.
Resepi Kambing Panggang
Bahan-bahan nya :5 keping daging kambing
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
hirisan lemon
1 biji terus hiris serong
Cara-Cara Memasak :
- Perapkan daging bersama semua bahan selama 2-3 jam..lebih lama lebih baik
- Masukkan daging dalam pemanggang dan panggang selama 15-20minit guna api perlahan
- Bila daging dah masak..masukkan hirisan lemon dan terung. panggang sekejap sahaja. Jangan terlalu lama.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment