Saturday, 25 July 2015

Nasi Arab Simple

Nasi Arab Simple

Jom kita buat resepi Nasi Arab Simple ni.

Resepi Nasi Arab Simple

Bahan-bahan nya :
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & safron (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)
Cara-Cara Memasak :

  • semua bahan bertanda * cuci bersih (guna penapis teh)
  • goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian bland kering hingga hampir jadi serbuk
  • cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
  • panaskan minyak sapi dalam periuk magic vantage,masukkan kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
  • kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
  • bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan beras.
  • masukkan air stok ayam, perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
  • tabur safron,titiskan pewarna kuning dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
  • Tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang
  • (kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)


Resepi ayam


Bahan-bahan nya :
Bahan untuk perap (blend semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian(saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)

Cara-Cara Memasak :
  • Blend semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
  • Masukkan ayam dalam pemanggang vantage
  • Panggang sampai masak

Resepi air asam




Bahan-bahan nya :
3 biji cili merah5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
-1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit ja belacan (secubit ja)
garam
gula
perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
air masak (air tapis pun boleh)
timun (potong dadu kecil2)
lobak merah(potong dadu kecil2)
hirisan daun kutumbar

Cara-Cara Memasak :

  • Blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
  • Tambahkan daun saderi, lobak merah n timun..gaul sebati
  • Kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment