Jangan lupa try ye
resepi
ni ye. :-)
Resepi Ikan merah stim berkuah tom yam putih
Bahan-bahan Ikan merah stim berkuah tom yam putih
3 keping besar ikan merah
5 batang serai - di ketuk
1 biji bawang holland- di potong kasar
5 ulas bawang putih - di cincang halus
3 keping hirisan lengkuas
1 inci halia - dihiris nipis
5 helai daun limau - dikoyak2an
9 biji cili api - diketuk
Sebiji tomato - di potong
Sedikit hirisan daun ketumbar
Bahan-bahan perasa kuah:
7 biji limau kasturi - diperah & diambil airnya( kalau suka lebih masam boleh lebihkan)
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar susu cair
Air 2 cawan
Garam & gula secukup rasa.
Cara-Cara Memasak Ikan merah stim berkuah tom yam putih
Satu kan semua bahan-bahan perasa kuah dalam mangkuk. Kacau sebati..
Kalau dah sesuai rasa boleh start kukus.
Sediakan Periuk kukus,
Masukkan kesemua bahan-bahan utama berserta bahan-bahan perasa kuah dalam periuk kukus
Kukus selama 20 - 30minit.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!