Wednesday 17 May 2017

Puding Roti Pandan Kukus Simple



Salam, hai semua, Kemana kita hari ni ya? Jalan-Jalan cari resepi tak? hehehe. So hari ni saya nak share satu resepi yang amat mudah dan senang dimasak di waktu pagi iaitu resepi Puding Roti Pandan Kukus Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Puding Roti Pandan Kukus Simple

Bahan-bahan Resepi Puding Roti Pandan Kukus Simple

12 keping roti putih/gardenia (tidak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau
Garam

Cara Cara Masak Resepi Puding Roti Pandan Kukus Simple

1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8″ dengan sedikit minyak. Ketepikan.

– Boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang bila hendak keluarkan adunan nanti.

2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil-kecil dan kisar/blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6. Kukus roti tadi selama 15 – 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dengan tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye

No comments:

Post a Comment