Friday 5 May 2017

Puding Karemel Tanpa Telur Simple

Puding Karemel Tanpa Telur Simple


Salam, hai semua. dah makan? apa menu desert hari ni? dah fikirkan? ha hari ni saya nak share satu menu desert yang simple. iaitu resepi Puding Karemel Tanpa Telur Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Puding Karemel Tanpa Telur Simple

Bahan-bahan Resepi Puding Karemel Tanpa Telur Simple

* 3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
* 1 peket agar-agar serbuk (10g)
* 4 cawan air
* 1 cawan gula pasir (nak 3/4 cawan pun ok)
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 3 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanila

Cara Cara Masak Resepi Puding Karemel Tanpa Telur Simple

1. Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. KETEPIKAN.

2. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

3. masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Pastu masak ler atas dapur.

4. Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih, kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

5. Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 - 3 jam....

6. Bila dah sejuk...letak dalam bekas secara terbalik...tadaaaaa....gula hangus dah duk atass...cun jer.

Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment