Thursday 30 March 2017

Minuman Kesihatan Untuk Wanita


Minuman Kesihatan Untuk Wanita


Salam, hai semua. Dulu masa saya buat post pasal menu ibu mengandung dan berpantang, ada yang pernah tanya saya pasal air minuman kesihatan untuk para wanita. Jadi hari ini saya nak share satu resepi istimewa tentang Minuman Kesihatan Untuk Wanita. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Minuman Kesihatan Untuk Wanita

Bahan-bahan Resepi Minuman Kesihatan Untuk Wanita

halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut citarasa )
air 3 cawan

tambahan jika perlu :
* sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan
* manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

Cara Cara Masak Minuman Kesihatan Untuk Wanita

1. basuh bahan dan rebus semua bahan
2.  3 cawan air hingga jd 1 cawan air
3.  tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )
4.  Selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )

Kelebihan minuman ini
* menbersihkan rahim selepas period
* mengeluarkan angin
* anti kanser
* memecahkan lemak2
* mengurangkan masalah bau badan
* kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni
* minum sebulan sekali selepas period saja

# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )

tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG

SEDAP KE ?? rasa apa ?
tak rasa apa2 malah air ni wangi ( sbb sesuai utk bau badan ) ada gula batu di jamin tak pahit . tp halia jgn lbeh2 nnt rasa pedas lak
jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA.


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment