Saturday, 16 April 2016

Resepi Kerabu Pegaga Ala Berpantang


Salam, hai semua. hari ini saya nak share beberapa resepi untuk ibu berpantang. Berpantang sangat sinonim untuk ibu yang baru selepas bersalin.  Jadi kite harap lepas ni boleh la ubah selera masa berpantang kan. Tak delah asyik nak makan benda sama hari-hari atau makan ikan bilis je atas alasan berpantang kan. Kalau nak tahu semua resepinya, harap cari button menu di sebelah atas dan tepi blog kite. Ok, untuk resepi pertama ini kita share Resepi Kerabu Pegaga Ala Berpantang. Jom kita cuba resepi ini, Ala, untuk orang bukan berpantang pon boleh cuba juga kan. ok la..Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Kerabu Pegaga Ala Berpantang Simple

Bahan-bahan Resepi Kerabu Pegaga Ala Berpantang Simple

Pegaga (lebih kurang 1 gemgam )
Sedikit Kelapa parut yang di goreng kering (dalam 2 sudu)
Isi ikan selar kuning yang dah direbus (dalam 2 ekor)
Lada hitam
Garam
1 biji bawang merah
Ikan bilis goreng (ikut suka)

Cara Cara Masak Resepi Kerabu Pegaga Ala Berpantang

- Celur pagaga dengan air pnas tapi jgn terlalu lama n masak (agak-agak sahaja)
- Potong ikut suka sebaiknya tidak terlalu panjang n pendek agar senang di makan
- Amik isi ikan dan gaulkan bersama pegaga tadi masukan bawang merah yang dah dihiris,lada hitam ikut citarasa masing.
- Masukan kelapa parut , sedikit garam dan taburkan ikan bilis goreng .
- Hidangkan.



Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment