Thursday, 31 March 2016

Mee Hoon Goreng Putih Simple

Mee Hoon Goreng Putih Simple


Salam, hai semua. ada sesetengah orang tidak suka kicap, betul x? apa saja masakan yang berunsurkan kicap,pasti dia tak makan. saya teringat pada seorang kawan yang tidak suka pada kicap. jadi hari ini saya nak share satu resepi yang biasanya digoreng menggunakan kicap iaitu bihun goreng. Resepi meehoon goreng kali ini digoreng tanpa menggunakan kicap. Nama resepi ini dipanggil Mee Hoon Goreng Putih atau juga dikenali sebagai bihun goreng singapore atau meehoon lada sulah. jom kita cuba respi ini, . Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)

Resepi Mee Hoon Goreng Putih Simple

Bahan-bahan Resepi Mee Hoon Goreng Putih Simple

*6 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kisar semua bahan2 * di atas

1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket Mix Vege
3 genggam taugeh
sedikit crabstick (dihiris nipis)
boleh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam
telur dadar yang potong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
lada sulah dan lada hitam secukupnya
sedikit air garam
cili hidup yang dihiris nipis
bawang goreng

Jika suka, boleh tabur daun bawang, daun sup atau daun kucai.

Cara Cara Masak Resepi Mee Hoon Goreng Putih Simple

1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi
2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang...
3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram/lada hitam/lada sulah/garam/cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2. Hias dengan hirisan telur, cili hijau/merah dan juga bawang goreng


Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment