Ramai yang suka kan kudapan bila kita menonton tv kan?? Apa yang korang makan? Jajan?? Cikedis??.. Xelok tu.. Cer try makan Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis, Mana nak cari?? kita buat sendiri la..haa jadi hari ini saya nak share salah
satu resepi tradisional iaitu Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Simple. Jangan lupa try
ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Simple
Bahan-bahan Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Simple:
1 bungkus tepung beras ( Saya Guna Cap Gajah 1 Ekor )
1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan
untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang
mendap/ mendak)
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
3 ulas bawang putih (untuk rasa lebih
lemak, lebihkan jumlah bawang putih) - tumbuk halus
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara Memasak Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis Simple :
1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.
2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah
dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru
masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan
bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan
santan lagi.
4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.
5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain
untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak
pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.
6.
Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam
sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan
melorot ke dalam minyak.
7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan
rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah,
sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api
kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru
terbalik kan.
8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat
dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas
kedap udara.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.