Korang mesti pernah makan kuih ini kan?? Tapi korang pernah tak tertanya-tanya, macam mana Putu Mayam ni dibuat. Haa.. Jangan risau, hari ni saya nak share satu resepi best punye, resepi Putu Mayam Simple.
Jangan lupa try
ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Putu Mayam Simple
Bahan-bahan Putu Mayam Simple:
- 300g Tepung Beras
- 600-700 ml Air Panas
- Garam secukup rasa.
- 2 helai daun pandan
- Pewarna jika suka
- Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).
Cara-Cara Memasak Putu Mayam Simple :
1- Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
2-Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
3-Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan
kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat di
periuk/mangkok adunan. Kalau nak boh kaler pandailah adjust yer
4-Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan
dan kalau tak tahan gunalah senduk kayu apabila dah sedikit warm
bentukkan doh kepada 4 bahagian.
5-Panaskan air dalam bekas kukus bersama daun pandan.
6-Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang pon ok kot.
7-Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau tekan mengikut saiz yang disukai.
8-Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
9-Kukus 5-10 minit.
10-Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!