Ada diantara kita
yang gemarkan desert selepas makan kan. Salah satu desert yang simple
dan mudah untuk dibuat adalah puding. Hari ini saya nak
share resepi Puding Roti Kastad Simple yang sangat simple dan mudah
disediakan. Jom
kita
try n jangan lupa share ngan kawan-kawan ye.
Resepi Puding Roti Kastad Simple Versi Kukus dan Bakar
Bahan-bahan Puding Roti Kastad Simple :
- 4 Keping Roti Gardenia
- 2 Sudu Besar (Membukit) Tepung Kastad
- 4 CawanScoop Susu Tepung
- 2 Biji Telur Gred A
- 1/2 Cawan Gula
- Sedikit Esen Vanilla
- 2 Cawan Air
- bahan hiasan - kismis @ buah-buahan
Cara-Cara Membuat Puding Roti Kastad Simple :
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hancur.
2. Tuang kedalam loyang. Taburkan bahan hiasan
3. Bakar dalam oven pada suhu 180 celcius atau kukus dengan api agak kuat selama 30-45 minit.
4. Bila dah agak sejuk, masukkan dalam fridge dan chill kan sekurang-kurangnya 3-4 jam.
p/s :
- Lebihkan gula jika mahukan puding yang lebih manis.
- Susu tepung boleh digantikan dengan susu segar atau susu sejat, so tak perlu tambah air.
- Jika tidak mahu letak tepung kastad, tambahkan lagi 2 keping roti.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!