Pancake bukan sahaja sangat sesuai untuk hidangan sarapan pagi, malah ianya juga sesuai dihidangan untuk minum petang. Resepi ringkas lagi mudah ini amat cepat untuk disediakan. Jangan lupa try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Pancake Simple
Bahan-bahan Pancake Simple :
- 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Bji telur Gred A
- 5 Scoop Susu Tepung
- 5 Sudu Butter Cair
- Air Secukupnya.
Cara-Cara Membuat Pancake Simple :
1. Masukkan semua bahan kedalam bekas dan bancuh sehingga menjadi adunan seperti adunan kek.
2. Panaskan tempat bakar, tuang adunan sebanyak satu scoop senduk kecil. Bakar dengan api perlahan.
3. Sekiranya buih-buih sudah timbul, terbalikkan pancake dan bakar seketika lagi sehingga masak.
Cadangan Hidangan Sampingan :
Boleh dimakan dengan madu, susu, buah-buahan, kari, yougart, chocolate sos dan macam-macam lagi.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!