Monday 19 October 2015

Kuih Tepung Pelita Simple

Kuih Tepung Pelita Simple

Hari ini saya nak share satu resepi kuih iaitu Kuih Tepung Pelita. Resepi ini tidak menggunakan bahan pewarna tambahan dan juga tidak guna daun pisang. Dan segala sukatan nya adalah menggunakan cawan. Mudahkan.. Jom try Resepi Kuih Tepung Pelita Simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngn kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Kuih Tepung Pelita Simple

Bahan-bahan Lapisan Atas Kuih Tepung Pelita Simple :

- 5 Sudu Besar Tepung Beras (Membukit)
- 2 Cawan Santan Pekat
- 4 Cawan Santan Cair
- 2 Scoop Susu Tepung (Optional)
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah Kuih Tepung Pelita Simple :

- 11/2 Cawan Tepung Beras
- 7 Cawan Air Pandan
- 15 Helai Daun Pandan
- 10 Sudu Besar Gula (Membukit)
- Gula Perang (Optional)

Cara-Cara Membuat Lapisan Atas Kuih Tepung Pelita Simple :

1. Masak empat cawan santan cair sehingga separa mendidih.
2. Bancuh tepung beras dan susu tepung dengan dua cawan santan pekat.
3. Masukkan bancuhan tepung kedalam santan panas tadi.
4. Pastikan api sedikit perlahan dan sentiasa dikacau selalu.
5. Masak sehingga mendidih dan berbuih-buih.
6. Tuang kedalam acuan tadi.

Cara-Cara Membuat Lapisan Bawah Kuih Tepung Pelita Simple :


1. Daun pandan diblend dan ditapis menjadi 7 Cawan.
2. Enam Cawan air daun pandan dimasak hingga mendidih.
3. Satu cawan air pandan dibancuh dengan tepung beras.
4. Masukkan bancuhan tepung beras kedalam air pandan yang mendidih.
5. Pastikan api sedikit perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
6. Masukkan gula dan kacau. Masak sehingga mendidih, berbuih dan likat.
8. Tuang kedalam cup daun pandan atau apa-apa acuan sehingga separuh.
9. Taburkan sedikit gula perang diatasnya (Jika Mahu)

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment