Ada setengah orang panggil kuih ni, Onde-onde, tetapi ditempat saya, ramai orang panggil kuih buah melaka, apa pun nama nya, rasa nya tetap sama kan. Hari ini saya nak share satu resepi kuih yang di kenali sebagai Kuih Buah Melaka / kuih onde-onde simple. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Kuih Buah Melaka / Kuih Onde-Onde Simple
Bahan-bahan Lapisan Atas Kuih Tepung Pelita Simple :
- 3 Cawan Tepung Pulut
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- Sedikit Garam
- Air Secukupnya
- Sirap (Optional)
- Gula Melaka (Dipotong Dadu)
- Kelapa Putih (Diparut)
Cara-Cara Membuat Lapisan Atas Kuih Tepung Pelita Simple :
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam, kacau rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di jejari.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan letakkan gula melaka ditengahnya.
4. Bulat-bulatkan lagi sehingga menjadi seperti sebiji bola kecil.
5. Masukkan kedalam periuk yang berisi air panas. Masak dengan api sederhana kuat.
6. Biarkan sehingga air mendidih dan kuih timbul dipermukaan air.
7. Angkat guna penapis dan letakkan didalam bekas berisi kepala parut putih.
8. Golek-golekkan kuih diatas kelapa sehingga menjadi seperti dalam gambar.
9. Sesuai dimakan ketika sejuk, kalau panas melecur mulut bila terkena gula melaka cairSelamat mencuba - Koleksi resepi emak.
No comments:
Post a Comment