Monday 12 October 2015

Kek Coklat Moist Simple

Kek Coklat Moist Simple

Ramai yang suka kan kek coklat kan. Pasti ramai yang mencari resepi Coklat yang mudah dan simple untuk di cuba. Hari ini saya nak share satu resepi kek coklat yang sangat senang untuk dicuba dan yang paling menarik nya sukatan resepi nya hanya mengunakan cawan. Mudah kan. Jom kita try

Resepi Kek Coklat Moist Simple (kukus)


Bahan-bahan Kek Coklat Moist Simple :
- 1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 3/4 Cawan Serbuk Koko (
Kalau guna serbuk koko Vanhouten bolehla masukkan 1 cawan)
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
- 1 Biji Telur



Cara-Cara Memasak Kek Coklat Moist Simple :

1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
4. Tapis semua adunan ke dalam loyang. Guna penapis teh atau santan je.
5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit.


Info Tambahan.

Untuk Membuat Topping simple

Cara 1.
 
1. Patahkan coklat compound atau guna coklat coins, masukkan dalam bekas steel.
2. Didikan air panas dalam kuali, masukkan bekas steel.
3. Bila coklat mencair, kacau dan masukkan susu cair.
4. Masukkan sedikit demi sedikit sahaja, supaya ianya pekat.
5. Gaul sebati, kemudian tuang atas kek.
6. Taburkan coklat rice & coklat chips.


 Cara 2. 

1. Ambil 1 cawan milo.
2. Bancuh dengan 5-6 sudu air panas.
3. Tuang atas kek dan ratakan.
4. Taburkan coklat rice dan coklat chips.

 

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

1 comment:

  1. Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datangLah hehe 😂

    ReplyDelete