Hari ini saya nak share satu
resepi Kek Batik Koko dan Milo Simple yang sangat mudah untuk dibuat, Ianya tak perlu dibakar atau tak perlu di kukus. Hanya menggunakan dapur biasa, kuali dan freezer ( peti ais ) sahaja. Simple kan.. Jangan lupa try ye resepi
ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)
Resepi Kek Batik Koko dan Milo Simple
Bahan-bahan Kek Batik Koko dan Milo Simple :
- 1 Pack Biskut Marie
- 1/2 Buku Buttercup
- 1 Cawan Milo
- 1 Susu Serbuk Koko
- 1/2 Sudu Esen Vanilla
- 1/2 Cawan Susu Pekat
- Gula Secukupnya
Cara-Cara Membuat Kek Batik Koko dan Milo Simple :
1. Patah-patahkan biskut marie dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dan cairkan butter.
3. Masukkan susu, milo, esen vanilla, serbuk koko.
4. Kacau dan masak sehingga menjadi coklat cair.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit, gaul sebati dan rasa.
6. Tutup api dan masukkan biskut marie tadi.
7. Masuk kedalam bekas dan tekan-tekan sehingga padat.
8. Simpan dalam fridge semalaman.
Selamat mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!