Thursday 29 October 2015

Biskut Sarang Semut Simple

Biskut Sarang Semut Simple

Hari ini saya nak share satu resepi biskut raya iaitu Biskut Sarang Semut Simple yang sangat mudah untuk dibuat. Sukatan nya pakai cawan je. Simple kan.. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Biskut Sarang Semut Simple

Bahan-bahan Biskut Sarang Semut Simple :

- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Chocolate Rice
Resepi biskut raya sa

Cara-Cara Membuat Biskut Sarang Semut Simple :

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment