Sunday, 25 October 2015

Biskut Quaker Oat Simple

Biskut Quaker Oat Simple

Hari ini saya nak share satu resepi Biskut Quaker Oat Simple yang sangat mudah untuk dibuat, Bahan yang senang didapati dan sukatan menggunakan cawan sahaja. Simple kan.. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Biskut Quaker Oat Simple

Bahan-bahan Biskut Quaker Oat Simple :

- 2 Cawan Quaker Oat
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- Minyak Jagung Secukupnya

Cara-Cara Membuat Biskut Quaker Oat Simple :

1. Masukkan tepung, baking powder, oat dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang. Hisaan terpulang pada anda, saya letak coklet cips
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment