Tuesday 27 October 2015

Biskut Kacang Mazola Simple

 
Biskut Kacang Mazola Simple

Hari ini saya nak share satu resepi biskut raya iaitu Biskut Kacang Mazola Simple yang sangat mudah untuk dibuat. Sukatan nya pakai cawan je. Simple kan.. Jangan lupa try ye resepi ni n share ngan kawan-kawan ye.. :-)

Resepi Biskut Kacang Mazola Simple

Bahan-bahan Biskut Kacang Mazola Simple :

- 2 Cawan Serbuk Kacang
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- Sedikit Garam
- Minyak Jagung Secukupnya
- Telur Kuning (Hiasan)
Resepi biskut raya sa

Cara-Cara Membuat Biskut Kacang Mazola Simple :

1. Kacang digoreng tanpa minyak, disejukkan dan dibuang kulit kemudian dikisar.
2. Masukkan tepung, kacang, gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
4. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang.
5. Sapukan Kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.

 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment