Friday, 25 September 2015

Spaghetti Soup Simple

Spaghetti Soup Simple

Spaghetti ada macam-macam jenis dan rupa. Kita boleh dipelbagaikan resepi dari nya. Kali ni resipi Spaghetti saya berkuah yang senang dan simple. Jangan lupa try n share ngan kawan-kawan  ye.

Resepi Spaghetti Soup Simple

Bahan-bahan Spaghetti Soup Simple

1 paket spaghetti-rebus toskan
500gm daging batang pinang,dihiris nipis
1 liter air & satu lagi
5 liter air
1 rempah sup bunjut adabi
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang carrot dipotong dadu
1 biji bawang besar dibahagi empat"
5 batang saleri-dipotong
3 biji bawang merah dihiris kemudian goreng dan toskan
7 biji bawang putih,diketuk
2 lembar daun bay
1 inci halia,diketuk
1 sudu kecil lada putih biji,ditumbuk
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil,serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji buah keras,ditumbuk halus
1 keping asam keping
1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
2 tangkai cili merah,dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
daun sup
bawang goreng
limau kasturi

Cara-Cara Memasak Spaghetti Soup Simple :

1.Panaskan 1 liter air hingga mendidih.Masukkan daging yang dihiris tadi. Biarkan mendidih selama 10 minit.Angkat dan toskan,buangkan air rebusan tadi.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan 5 liter air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan semua bahan yang lain kecuali garam dan gula. Biarkan daging masak hingga empuk selama 1 1/2 jam-2 jam.Perasakan dengan garam dan gula.

3. Hidangkan bersama spageti,bahan sampingan dan sambal cili.

Selamat mencuba -  koleksiresepiemak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment