Jangan lupa try ye resepi Bakso Simple ni ye.
Resepi Bakso Simple
Hidangan Untuk 7-8 Orang
Bahan-bahan Bakso Simple
1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan1 bungkus mee kuning - dicuci 3 kali, dicelur sebentar aje dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus
Daun sup - diracik halus
Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus
Bahan-bahan Untuk Kuah :
1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 batang serai - dititik
2 helai daun salam (ini kalau ada. Saya gantikan dgn daun bay kering)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah (ambil dari yang dikisar di atas)
Garam
Serbuk perasa
Bahan Untuk Bebola Daging:
500 g daging cincang
3 biji bawang merah - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
50 g tepung ubi/ tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Bahan Untuk Sambal Kicap:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis
Cara-Cara Membuat Sambal Kicap:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda.
Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata.
Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan.
Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata.
Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan.
Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Cara-Cara Memasak Bakso Simple:
Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis.
Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuahnya:
Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga dagung pada tulang empuk.
Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah hingga wangi.
Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih.
Masukkan bebola daging tadi. Biarkan masak hingga bebola daging timbul.
Masukkan garam dan serbuk perasa.
Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
Tutup api dan hidangkan
Selamat mencuba - koleksiresepiemak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment