Sunday, 2 August 2015

Pau Simple

Pau Simple


Jom kita buat resepi Pau Simple ni. Mudah dan senang untuk oorang baru nak buat pau macam kita ni. Resepi menarik ni. Jom kita try.

Resepi Pau Simple


Bahan-bahan nya :
1 paket mauripan (ibu roti)
2 1/2 gelas tepung pau
1 sudu kecil baking powder (sy guna sudu kfc)
1 1/2 gelas air suam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam( sy guna sudu kfc)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil minyak
kertas/daun pisang potong bulat(lapik setiap biji pau)
Cara-Cara Memasak :
-masukkan mauripan,susu pekat dan gula dalam air suam biar seketika (sampai berbuih)
-satukan tepung ,baking powder dan garam (gaul sebati)
-masukkan air sedikit sedikit sambil uli sampai doh xmelekat
-sapukan minyak pada doh dan uli sampai sebati
-masukkan doh dlm bekas tertutup biar naik 2x ganda
-lepas 1/2 jam tumbuk2 doh biar keluar angin
-bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (dapat 12biji)
-kemudian masukkan inti (kari ayam @ sambal bilis) dan lapikkan kertas/daun pisang
-panaskan air dalam periuk kukusan (air 3/4 periuk)
-tunggu air betul2 mendidih baru la masukkan pau.
-pastikan penutup periuk dibalut dengan kain/aluminium foil supaya xmenitis air atas pau
-kukus pau selama 12-15minit —
 Selamat mencuba -  Koleksi resepi emak.

No comments:

Post a Comment