Salam, hai semua, kadang-kadangkan, bila kita demam atau batuk mesti kita nak makan makan yg masa-masam kan. Kalau saya, saya mesti cari masakan berasaskan tomyam. Memang menu itu yang mudah masuk dikala tekak meragam. So hari ni saya nak share satu resepi yang amat mudah dan senang dimasak dikala demam atau tekak meragam iaitu resepi Resepi Paprik Banjir Simple, Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Paprik Banjir Simple
Bahan-bahan Resepi Resepi Paprik Banjir Simple
Ayam/udang/sotong
Sayur : carrot, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
Cili kering satu senduk
Bawang besar 1biji
Bawang kecil 1ulas
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
Sos cili 2sudu
Sos tomato 2sudu
Sos tiram 2sudu
Kicap manis 2sudu
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Cara Cara Masak Resepi Resepi Paprik Banjir Simple
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.
3. Lepastu masukkan sayur carrot, jagung dll. Masukkan garam, gula dan perencah hilal.
4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Last sekali masukkan kacang buncis/kacang panjang. Siap.
Kredit resepi kepada : HasNorFadila Kadir via Mahn fb
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.- Jangan Lupa Share ye