Salam, hai korang, Hari ini kan terasa nak makan masak lemak cili api la. Mmm ni kene p pasar p beli ayam ni jom kita tengok resepi dulu iaitu resepi Kuih Ayam Masak Lemak Cili Api Simple, nnt senang nak p pasar kan. ok awak2 semua..Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye. :-)
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Simple
Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Simple
4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat - atau 1 kotak santan - Bahagi 2 bahagian, 1/2 untuk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit - dicarik carik
2 biji Kentang dipotong memanjang atau wedges
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya - dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan
Bahan ditumbuk:
1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah - supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah
Cara Cara Masak Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Simple
1. Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.
2. Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.
3. Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya
4. Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.
Selamat Mencuba - Koleksi resepi emak.
DO YOU WANT TO ADVERTISE. CONTACT US !!!